11 March 2010

Hubungan Ku dan Dia...

Hari yang dilalui semakin rumit sejak kebelakangan ni. Aq x tau kenapa. Dan x tahu d mana silapnya. Tapi yang pasti, seperti ada yg tak kena. Aq salu terfikir. Pengalaman dulu banyak mengajar aq erti kehidupan. Namun, apa yang aq lalui sekarang membuat aq merasa yang aq belum cukup berpengalaman untuk melalui sume ini. Mungkin aq perlukan sedikit waktu untuk melepaskan tension yang aq alami skang. Aq x penah jangkakan sume ini berlaku sebab sume ne di luar jangkaan aq.

Keadaan begitu cepat berubah. Namun, aq harap sume tu xkan mengganggu dan memberi kesan terhadap hubungan aq dan dia. Cuma satu yang aq inginkan. Kebahagiaan untuk selama-lamanya. Aq berharap dia menjadi bidadari dalam hidupku. Yang menjadi penyeri hidupku satu masa nanti. Walaupun hubungan kami sering di landa masalah, namun hubungan kami yang utuh,membuatkan jalan penyelesaian sering di cari agar tiada kata-kata putus atau perpisahan di ucapkan.

Aq sedar, sikapku yang ego, seringkali membuat dia terluka. Aq cuba untuk memperbaiki kelemahan diri dan cuba untuk tidak melukakan dia. Namun, air matanya xpernah berhenti mengalir jika hubungan kami bermasalah. Aq berharap sangat satu masa nanti, aq akan dapat mengelakkan dia dari mengalirkan air mata disebabkan aq. Aq juga sering berfikir, adakah aq layak untuk dia? Atau ada yang lebih bek akan hadir untuk dirinya? Ntah la, aq cuma mampu berdoa agar hubungan kami berkekalan. Bukan untuk saat ne, ataupun hanya untuk hari ini. Tapi untuk selamanya.

Aq berharap, akan ada sinar bahagia untuk kami berdua. Cukuplah percintaan ku yang sebelum ini gagal. Aq tak mahu kecundang lagi. Bukannya mudah untuk mencari kekasih hati yang begitu memahami hati dan perasaan. Dan aq dapat rasakan, cuma dia yang lebih memahami akan diri aq berbanding orang lain. Mungkinkah dia tau, ataupun dia x tahu akan perkara ne? Biarlah masa dan waktu yang akan menentukan semua ini.

Aq tak pernah menyangka, pertama kali km bertemu, kami sering berpandangan antara satu sama lain. Walaupun pada masa itu, aq ni agak ego sikit. Tak melayan dia seperti orang lain, malah sering menjeling kepadanya. Namun, aq tak menjangkakan orang yang pernah aq jeling dahulu telah menjadi orang kesayangan aq. Sekarang, aq cuma mampu berdoa agar cinta kami terus berkekalan..

7th Month Anniversary


Sedar tak sedar. Hubungan kami da masuk 7 bulan. Sungguh cepat masa itu berlalu. Kadang-kadang, bila aq fikirkan balek, da banyak yang kami lalui bersama. Susah dan senang kami rasa bersama.. macam mana pahit dan getir yang kami hadapi sepanjang d UiTM Kota Kinabalu. Mungkin sedikit sebanyak, semua yang dilalui itu menjadikan kami lebih matang dan belajar untuk hidup berdikari. Cuma kadang kala aq pelik kerana ada segelintir pelajar yang spt tidak puas hati melihat kami bersama. Mungkin mereka tak suka melihat kami bersama. Ada juga yang suka mengumpat tentang kami dan juga kawan-kawan sendiri, tetapi x sedar yang mereka sendiri juga adalah manusia biasa yang punya kelemahan sendiri. Sungguh malang sekali orang yang seperti itu sebab mereka xpenah sedar yang mereka sendiri jauh lebih teruk dari kawan-kawan yang mereka umpat tu.

Dowang lebih suka mengata kelemahan orang lain, tetapi x mahu mengakui kelemahan yang ada pada diri sendiri. Sume manusia dilahirkan mempunyai kelemahan. Tetapi, kelemahan tersebut bukannya untuk di ejek atau untuk merendah-rendahkan orang lain sebab orang lain juga mempunyai hati dan perasaan. Mungkin mereka fikir mereka sudah cukup bagus untuk mengumpat orang, tetapi mereka x sedar, mereka sendiri adalah anak-anak syaitan yang suka mengumpat.

Tapi, x mengapa la, mungkin perkara tu akan membuat mereka lebih bahagia, semoga satu masa nanti mereka akan sedar kesilapan mereka sendiri. Aq sendiri bukan baik sangat nak mengata orang, tp aq xsuka orang yang suka buzy body terutama skali yang berkaitan dengan hidup aq n dia.