06 February 2012

Kisah Suka dan Duka (PART 2009)

So, apa yg mau di tunggu..? Let's continue with our topic.. Hehehe.. KISAH SUKA DAN DUKA..

Hari ni, 6 Februari 2012.. Tak lama lagi genap la dua tahun dan 6 bulan hubungan aku dan dia.. Terlalu banyak suka dan duka yang telah kami lalui bersama sepanjang 2009, 2010, 2011 dan juga 2012.. Kadang-kadang mcm tak percaya hubungan aku dan dia akan bertahan sejauh ni.. So, apa lagi.. Let's review la.. Huhuhuh...

JULAI 2009 - Tarikh keramat aku menemui dirinya adalah pada 25hb Julai 2009.. Tarikh di mana aku dan dia mulai berkenalan antara satu sama lain.. Dan ini adalah satu titik tolak di mana cinta kami mulai berputik.. Walaupun masing-masing malu dan ego.. Tapi, memang tidak di nafikan yg kami sudah mulai menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.. Masa belum lagi mengizinkan utk kami bersama.. Tetapi kami masih berkawan supaya kenal hati dan budi masing-masing.. So, diringkaskan cerita.. Kami berkawan dlm tempoh yg singkat sebelum kami mengorak langkah utk bersama..

OGOS 2009 - Aha, masa yg di tunggu telah tiba.. Aku cuba mendekati dia dan mulai rapat dgn dia setelah lebih kurang seminggu mengejar diri dan cintanya.. Huhuhuh.. Dan akhirnya, setelah bersusah payah utk mengejar dan mendapatkan cintanya, secara official, kami telah menjadi COUPLE pada 10hb OGOS 2009.. First time mengejar cinta dan mendapatkan cinta sehingga terpaksa mengucap kan lafaz cinta sebanyak TIGA KALI sebelum di terima menjadi kekasih hati.. Walauapapun.. Sy rasa sangat bahagia tyme tu.. Hanya Tuhan yg tau bertapa gembiranya hati sehingga tak terkata..

SEPTEMBER 2009 - Bulan ni, aku x berapa suka bercerita tentang kesedihan.. Tapi oleh sebab topik tu.. Makanya aku terpaksa cerita.. Bulan ni terlalu banyak halangan yg menimpa.. Apabila bf lamanya kembali mendapatkan cintanya.. Jadi time tu, aku memang la panas baran .. Hahaha.. rasa mcm mau pukul jak bf lamanya.. Sampai menangis c kyla aku pegi marah.. Maybe time tu masih lagi kuat cemburu kan.. Sebab tu la takut kehilangan dirinya.. Walauapa pun yg berlaku.. Tetapi, ktorg masi dpt manage benda ni dan mengelakkan sebarang keretakan yg berlaku dan seterusnya mengelakkan hubungan yg kami bina musnah begitu sahaja..

OCTOBER 2009 - Hahaha.. First time la ni, dapat berpuasa dgn gf.. P berbuka sama-sama.. Memang ckup rindu utk berbuka puasa bersama-sama kuarga.. Tapi, disebabkan jarak yg terlalu jauh.. Cuma mampu berkata rindu pada masakan Mama saya.. Huhuhuh.. Anyway, hari-hari aku dan dia bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa di Dewan Makan Kluster B.. Dan ini la kali pertama dlm hidup aku yg berada di perantauan.. Berbuka bersama gf yg tercinta.. Huhuh.. Bila di kenangkan semula, aku rindukan semasa Semester Pertama aku berada di sana.. Heheheh.. Ya la kan.. Dapat berbuka bersama gf pastinya menjadi satu kenangan yg sememangnya sukar utk dilupakan dan akan menjadi kenangan manis sampai la bila-bila..

NOVEMBER 2009 - Na, selepas puasa.. pastinya raya kan.. Ktorang balik ke kampung masing-masing utk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.. Walaupun hampir sebulan aku dan dia menyambut bulan puasa bersama, dan berbuka bersama.. Aku juga ingin menyambut Hari Raya bersama dgn si dia.. Huhuh.. Tapi, semestinya jarak Tawau dan Miri terlalu jauh dan kami mengambil keputusan utk menyambut hari raya di centerpoint jak.. Agak lucu.. Tapi itu la hakikat.. Dan pada 13hb November 2009, aku x menyangka kawan-kawan sekelasku bersama gfku akan menyambut birthdayku.. Dan di sini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada gfku dan kawan-kawan sekelasku yg ingat hari lahirku.. wahhh.. mcm x percaya deyh...!! Hahahah.... Anyway, thankz guys.....

DISEMBER 2009 - Sebulan aku cuma bercontact dgn si dia melalui telefon dan sms.. Aku mulai merasai sesuatu yg kurang dlm hidupku.. Merasakan yg hidupku seperti ada yg tidak lengkap dan x sempurna.. Huhuh.. Dan aku mulai mencari apa sebab aku merasa seperti itu.. Dan akhirnya aku faham.. Rupanya aku merindui kehadiran dirinya dlm hidupku.. Kebiasaan berjumpa tiap-tiap hari.. Bila berpisah jauh mcm ni, mulai la rasa sunyi.. Tapi aku sembunyikan perasaan tu dari dirinya.. Walaupun hatiku meronta-ronta mencari dirinya.. Tapi, aku tetap tidak sabar utk berjumpa dgn dirinya pada bulan JANUARI 2010.. Dan aku juga akan memulakan azam baru.. Menjadi bg yg terbaik utk dirinya.. Dan sedikit sebanyak utk bertolak ansur dgn dirinya yg cukup manja.. Dan sebelum tahun 2009 melabuhkan tirai.. Ingin aku katakan yg aku bersyukur kerana mempunyai gf seperti dia.. Walaupun sememangnya manja, cerewet dan cengeng.. Tapi, aku akan cuba belajar utk menerima baik dan buruk dirinya.. Sebab sememangnya aku fall in love with her.. Huhuh.. I can't denied it.. Dan aku sgt-sgt sygkan dirinya.. Huhuhu.. Love you so much, Kyla Isabella..

to be continue..