Hari ni cukup malang buat aku dan Hanyung Lan's apa bila terpaksa keluar dari rumah sewa ni.. Walaupun agak berat meninggalkan rumah ni, tp mau x mau kami terpaksa berpindah keluar tanpa pengetahuan sesiapa.. Aku menganggap benda ni sebagai satu cabaran baru dlm hidupku.. Memang sepanjang hidupku, inilah dugaan yg sgt mencabar.. Namun sedikit pun tidak akan melunturkan semangat ku utk terus belajar dan mencapai impianku..
Kalau aku give up hanya kerana benda remeh temeh ni, bermakna aku juga give up dgn kehidupanku.. Ya, the life must go on.. Aja-aja fighting...!! Hahaha.. aku masi mampu utk terus tersenyum walaupun org sentiasa ketawakan aku.. Sebab bagi aku, aku yg akan mengharungi kehidupan dan bukannya org yg mentertawakan ku.. Aku akan buktikan satu hari nanti yg aku akan berjaya mencapai impianku dan membalas jasa-jasa org yg ada di sekelilingku, yg banyak membantuku.. Cintaku, ibubapaku, sahabatku... org-org ini lah menjadi pemangkin utk aku berjaya..
Mungkin pada waktu ini, kehidupanku memang susah.. Tp aku yakin.. Aku masih mampu mengubahnya.. Ya, aku masih ada 2 tangan, 2 kaki dan lengkap seluruh anggota badan.. Jadi kenapa aku perlu berputus asa? Sedangkan org yg kurang upaya pun mampu berjaya mencapai impian mereka.. Inikan pulak aku.. Hal remeh temeh.. Aku yakin.. Aku mampu ubah kehidupanku menjadi lebih baik..
Aku harap, org yg dengki cz gara-gara utk dptkan deposit rumah tu, akan sedar satu masa nnt.. Aku x mau jadi seperti dulu.. Hidup penuh dgn dendam.. Dan akhrnya, bila aku melihat org yg aku dendami jatuh tersungkur, aku rasa sangat gembira.. Tapi, kini aku sedar.. Membalas dendam bukanlah segala-galanya.. Tetapi, belajar utk memaafkan org lain kerana memaafkan bukanlah tanda penakut ataupun mudah dibuli.. Tidak.. Sebab tidak semua org mampu mengungkap kata maaf pd org lain.. Dan hanya org yg berani akan mengungkapkan kata maaf sebab dia berani mengakui kesilapan yg telah dia lakukan..
Perjalanan masih lagi jauh dan panjang.. Banyak lagi dugaan dan cabaran yg aku kena tempuhi sebelum dpt mencapai impianku.. Ya.. Impianku utk berkeluarga.. Dan menyediakan semua kemudahan utk isteri dan anak-anakku.. Dan aku juga ingin menghantar ibubapaku menunaikan haji.. Dalam diam-diam.. aku kena berusaha keras.. Aku tak boleh berpaling ke belakang lagi.. Jalan di hadapan sedang menantiku...
Cabaran dan Dugaan akan ku tempuhi utk mencapai impianku.. Walaupun terlalu banyak ranjau dan duri yg mesti aku tempuhi.. Demi cita-citaku.. Dan impianku, aku akan lalui semua itu.. Kerana semua tu bukan utk kepentinganku.. Tapi utk kepentingan org yg penting bagi diriku..
Tidak sesekali pun aku akan berundur ataupun mengangkat tangan untuk menyerah.. Kerana aku yakin di setiap masalah yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Dan hikmahnya supaya aku belajar utk lebih berdikari.. Semua ini adalah persediaan utkku sebelum aku melangkah lebih jauh..
Aku tidak mahu dianggap seperti pengemis yg selalu meminta-minta bantuan org lain.. Tidak sesekali.. Walaupun terpaksa berlapar.. Jaga maruah diri.. Sebab setiap kali kt meminta bantuan org lain, sedikit sebanyak maruah kt akan tercalar.. Dan aku juga tidak mahu menjadi seperti sepupu yg lain yg selalu meminta bantuan itu dan ini walaupun mereka mempunyai banyak harta dan wang.. Aku bukan pengemis yg mahu meraih simpati org utk diri sendiri.. Sebabkan aku masih mampu berusaha, aku tidak akan meminta-minta..
Inilah kehidupanku..










