Melukis..?? So let's continue with the topic..
Setelah hampir 3 tahun aq tinggalkan bidang ni, aku x tau kenapa tiba-tiba aku ingin kembali melukis. Ya, melukis sememangnya hobi ku sejak berumur 5 tahun. Masa tu, aku betul-betul minat melukis. Sebab ayahku menjadi pendorong aku untuk melukis. Aku sentiasa cari sesuatu utk aku lukis dan kemudian menjadi koleksiku.
Aku berhenti melukis 3 tahun lalu. Kerana terlalu banyak masalah, aku lupakan niat ku utk menceburkan diri dalam bidang ni. Sehinggakan keluarga ku bingung dgn sikapku yg berubah. Kenapa? Hanya kerana gagal dlm percintaan lalu, aku tinggalkan sesuatu yg paling aku minat dan menjadi hobiku sejak kecil lagi.
Mungkin kerana terlalu kecewa, aku buat-buat lupa dan x kenal pada diriku yang pandai melukis. Semuanya kerana kecewa. Kadang-kadang, aku terfikir, knp gara-gara gagal dlm percintaan, aku harus lupakan bidang lukisan ni. Tapi, diriku tidak dapat memberi jawapan yg dapat memuaskan hatiku sendiri. Semua jawapan tidak munasabah.
Kini, selepas tiga tahun berhenti melukis, aku cuba melukis semula. Bagi melatih tanganku kembali 'lembut' seperti dulu. Pada mulanya, aku dpat rasakan betapa sukarnya diriku utk melukis. Tapi aku lawan rasa negatif tu. Dan, akhirnya aku dapat melukis ketiga-tiga lukisan ni.

Lukisan Pertama
Lukisan Kedua

Lukisan Ketiga
Pada mulanya, lukisan ketiga adalah lukisan yg paling aku sukai krn ia adalah lukisan potret. Walaupun pada dulunya, aku mampu untuk melukis potret wajah seseorang. Tapi, sukar utk kali ini. Mungkin terlalu lama aku telah tinggalkan bidang lukisan ni, membuat tangan ku menjadi keras utk melukis.
Setelah mendapat dorongan darinya, aku kembali melukis. Thankz to Kyla Isabella. I will try my best. Walaupun lukisan tu x secantik dulu. Jika terus di asah dan di asah, Insyaallah semuanya akan kembali normal. Dan mungkin aku dapat melukis dgn lebih baik pada masa yang akan datang. Insyaallah....









0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.