
Kundasang - 2011
Kundasang, salah satu tempat pelancongan yang sememangnya popular di Malaysia. Oleh sebab kawasan ni aku rasa agak berpotensi untuk maju, so aku bersama syakilla n aziz mengambil keputusan untuk memilih Kundasang sebagai tempat untuk tugasan 'ENTREPRENEURSHIP' yang telah diberikan lecturer kami, Sir Kamarulzaman Ishak. Walaupun tugasan ni nampak ja mcm makan kacang, tp hakikatnya ia x semudah yg dikatakan.. Kenapa? Disebabkan banyak cabarannya la bha kan? Hehehe.. Sambil wat tugasan tue, aku dgn ahli kumpulanku mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran dgn melawat kawasan-kawasan yang terkenal dgn keindahan alam. So, destinasi pertama kami sebelum memulakan kajian kami ialah, Poring Hot Spring...
Perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang 1jam dan 30 minit dari UiTM Kota Kinabalu, untuk sampai ke Kundasang. Manakala dari Kundasan ke Poring Hot Spring lebih kurang 30minit dari pekan Ranau. Tujuan ke sana adalah untuk menikmati pemandangan dan menenangkan fikiran.Bukan selalu dapat menikmati keindahan alam kan? Hehehehe...

Poring Hot Spring - 2011

Gambar Kenangan - 2011

Ni la wajah ku...!! Hehehehe....!!

Wah..!! Comelnya....!!

Senyum bha dulu...!!

Taman Kupu-Kupu - 2011

Peace...!! My Love 4 eva...!!
Ni adalah gambar kenangan semasa ktorang makan angin tu... Di Poring.. Hehehe... Tapi, ada benda yang aq ndak expect berlaku bila ktorang terjumpa lecturer Statistics, Sir Saiful... Adede... Masa ternampak dia tu, senyum-senyum ja la cz itu jak yang ble d buat kan bilank orang...Tegur pun biasa-biasa jak... Hoho... Biar la tu... Tp, ktorang ndak la mandi di Poring ni memandangkan kami ada kerja nak di laksanakan... Actually banyak kerja yang kami perlu buat, tp natau la kenapa, sempat lagi makan angin... Hehehe... Peace....!!
So, selepas dari Poring kami terus pergi ke Pekan Ranau... Bagi yang first time sampai ke Poring tu.. Memang happy abes la... Macam mau melompat jak sampai ke zink..!! hehehehe.. Tp, memandangkan perut pun terus menerus 'bershuffle', maka kami pun pergi la mengisi perut di sebuah restoran.
Destinasi seterusnya ialah Kundasang.... Hehehehe.... Di sini la kami mulakan kerja pencarian kami... bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan... Tp, sempat lagi kami menyingga di DESA Cattle Dairy Farm.. Tau ka apakah DESA Cattle Dairy Farm ni? Ini bukan sejenis makan tau...!! Hehehe... Di sini la susu segar boleh di dapati... DESA Cattle Dairy Farm ni terletak di Mesilau, Kundasang... Iaitu kira-kira 2-3 km dari pekan Kundasang... Susu segar ni di dapati dari sumber lembu Newzealand yang diternak.. (wah... Jauh jugak lembu tu berhijrah dari Newzealand ke Malaysia ya...?? Dorang ni ada passport ka??) hehehehe...

Desa Cattle - 2011

Abdul Aziz Khairullah - 2011

Tempat Memproses Susu - 2011

Tu dia lembu Newzealad... !! - 2011

Wah.. Pandai dorang ni possing yach..!! - 2011

Desa Cattle - 2011
Tiba di Desa Cattle, ktorang sempat meminum susu segar yang dibeli di pejabat Desa Cattle... So, apa istimewanya susu yang diperbuat dari Desa Cattle... Dan apa bezanya dengan susu-susu kotak di luar sana... ?? Ok la, Susu Desa ni yang istimewanya adalah kerana tidak ada campuran mahupun bahan pengawet yang di letakkan pada minuman susu yang di jual oleh pemilik Desa Cattle.. Sebabnya, tanya la boss Desa Cattle.. Mana la aku ada masa mau interview boss nya ni...!! Hehehe... Susu Desa ni terdapat dalam dua perisa...Susu segar dan Susu Coklat.. (jangan tanya aku dari mana dorang dapat coklat...)
Lepas menghentam beberapa kotak Susu Segar Desa, ktorang pun mengambil keputusan untuk meneruskan kajian memandangkan hari sudah semakin lewat... lain di rancang, lain d buat.. Di suruh buat kerja, pergi melancong la pulak... Adooo... Offside ow...!! Sebelum bergerak ktorang sempat mengambil beberapa gambar kenangan.
Aaaaaaaaaaaaaaa........ Aku da mengantok ni... jadi aku mengambil keputusan untuk berhenti menaip kerana mata pun mcm mau tetutup-tutup sudah... Ndak lama mata macam buruh hantu.... Adedeeeee... So, aku akan meneruskan penulisan aku mengenai 'TRIP TO KUNDASANG' pada besok hari jak la...!! Selamat malam....!!
to be continue...........









0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.