OK....!! Lets continue the journey...!! Hehehe... 13 Mac 2011, group kami telah membuat assignment mengenai Strawberry.. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai strawberry dan kesesuaian tanah... Jadi, setelah penat mencari sumber maklumat mengenai strawberry, kami tidak menjumpai apa-apa maklumat mengenai pengusaha strawberry...
Jadi, kami mengambil keputusan untuk melawat Strawberry Garden yg terletak agak jauh dari Pekan Kundasang. Walaupun maklumat yang di kumpul tidak lah terlalu banyak, tp ia amat penting untuk projek kami yang perlu di siapkan dan dihantar pada bulan April 2011...
Sebenarnya, Strawberry Garden ni bukan sahaja tempat untuk lawatan. Malah, turut menyediakan service Homestay. Walaupun di lihat dari luar ianya tidaklah seberapa. Namun, harga yang disediakan adalah berpatutan..
Memandangkan kami hanya pelawat,kami dikenakan caj lawatan, RM 2.00 sebelum masuk ke Strawberry Garden. Di bawah ini ada beberapa gambar kenangan yang ingin di kongsikan bersama ada semua...!!

Stawberry Garden - 2011

Pokok Strawberry di tanam di kasut but..!! - 2011

Comel...!! - 2011
Selain Strawberry, terdapat juga bunga yang ditanam dalam Strawberry Garden ni... Untuk pengetahuan umum, pokok strawberry adalah keluarga pokok bunga ros... (Maybe sepupu 2x atau 3x..) Heheheheh...Sebab tu la, strawberry ni bukan sahaja berbuah, malah turut berbunga.. Dalam Strawberry Garden, terdapat juga Rose Garden... Tp, bunga ros dalam taman ni, tidak la terlalu banyak...!! Hehehehe....

Strawberry Garden...!! - 2011
Setelah menyiapkan tugasan kami, kami pergi ke Kinabalu Park...(Tp ndak la masuk..)Untuk berhenti seketika dan berehat-rehat... Memandangkan hari pun dah nak gelap... Cuaca pun x seberapa baik masa tu, kami cuma sempat mengambil gambar di simpang Kinabalu Park.. Dan tidak sempat mengunjungi Kinabalu Park...

Miss Kyla Isabella..!! - 2011

No one can separate us...!! - 2011

Me & Aziz Khairullah...!! - 2011

I Love You More...!! - 2011

Sempat lagi amik gambar tyme balek..!! Luv You..!! - 2011
Masa otw balek tu, ktorang berbincang sedikit sebanyak mengenai info yang kami kumpulkan sepanjang membuat kajian... Kami dapati, kawasan di Strawberry Garden sememangnya sesuai untuk penanaman strawberry... Tp, buah strawberry di Strawberry Garden tidak terlalu besar... Mungkin di sebabkan beberapa faktor.. Antaranya ialah:
1 . Strawberry tidak dijaga dengan sempurna.
2 . Kurang mendapat cahaya matahari.
3 . Strawberry Garden terletak di tepi bukit...
Mungkin ini adalah beberapa faktor yg menyebabkan strawberry di Strawberry Garden tidak seberapa subur.. Tetapi dengan jagaan yang elok dan rapi, strawberry yang di tanam di Strawberry Garden mungkin membesar dengan baik dan lebih sempurna....
Perjalanan pulang yang mengambil masa selama 1 jam lebih sememangnya cukup memenatkan.. Terutamanya bila jadi pemandu...!! hehehe... My dear, Kyla Isabella cuma makan dan bercerita... hehehe... Ada juak teman berckp ... Lau x, pasti aku mengantuk..
Kami tiba di perkarangan UiTM Kota Kinabalu pada jam 7 malam... Selepas menghantar sygku, Kyla Isabella di Kolej Kediamannya, aku dan Aziz menghantar kereta yg kami sewa ke Indah Permai...
Jam 8 malam, baru la aku tiba di Kolej Kediamanku... Penat sungguh hari ini... Namun, pengalaman ni cukup berharga... Walaupun maklumat mengenai Strawberry boleh didapati di Internet. Namun, ianya ndak sama dgn apa yang kt lihat di depan mata.. dan membuat kesimpulan sendiri di samping membandingkan teori-teori mengenai strawberry...Satu kenangan yang cukup indah bukan...
So, perjalanan kami tamat di sini... Dan kami juga telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh lecturer kami... Dan apa yg paling penting sekali, lecturer kami, Sir Kamarulzaman amat berpuas hati dengan tugasan kami... Kami tersenyum lebar dan berasa amat gembira kerana segala penat lelah kami berbaloi....!! Sekian...!!!






































0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.